Terma & Syarat
Sila baca dan fahami terma & syarat berikut sebelum membuat tempahan.
Terma & syarat ini adalah berkuat kuasa bagi semua tempahan yang dibuat melalui sistem tempahan dalam talian Ayam Gepuk Pak Antok.
Kiraan Pax
Tempahan adalah berdasarkan jumlah pax (individu), bukan meja. Sila pastikan bilangan pax adalah tepat semasa membuat tempahan.
Kanak-kanak & Bayi
Kanak-kanak 2 tahun ke atas dikira sebagai 1 pax. Bayi bawah 2 tahun tidak dikira pax tetapi perlu dimaklumkan di ruangan "Remarks" bagi penyusunan tempat duduk yang sesuai.
Susunan Tempat Duduk
Premis mempunyai 2 tingkat. Sila maklumkan sekiranya melibatkan warga emas/OKU. Tempat duduk tingkat bawah tertakluk kepada ketersediaan.
Bayaran & Pembatalan
Bayaran penuh diperlukan untuk pengesahan tempahan. Tiada pembatalan atau pemulangan wang selepas bayaran dibuat (termasuk no-show).
Tempoh Menjamu Selera
Tempoh menjamu selera adalah 1 jam 30 minit sahaja dan tidak akan dilanjutkan sekiranya lewat hadir.
Maklumat Hubungan
Sila pastikan alamat emel dan no. telefon adalah sah dan tepat bagi tujuan penghantaran resit.
Pindaan Terma
Pihak pengurusan berhak meminda terma & syarat tanpa notis.
Dengan membuat tempahan, anda bersetuju
dengan kesemua terma & syarat yang dinyatakan di atas. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui outlet terdekat.